Rabu, 25 Januari 2012

Asmaul Husna




Dalam agama IslamAsmaul Husna (bahasa Arab: اسماء الله الحسنى) adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah SWT yang terbaik. Sejak dahulu para ulama telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaul Husna ini. Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang jumlah nama itu, ada yang menyebut 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT yang harus difahami oleh orang-orang yang beriman.
Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
Para ulama berpendapat bahwa kebenaran adalah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat Muslim tidak akan mudah menulis "Allah adalah ..." kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.
Para ulama menekankan bahwa Allah adalah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.

ISLAM AGAMA SYUMUL


FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA:"wahai orang-orang yang beriman!masuklah kamu sekalian di dalam Islam secara keseluruhan,dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan.Kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian[Al-Baqarah(2):208]

 Umat Islam hari ini mempunyai takrifan yang berbeza-beza terhadap hakikat Islam. Justeru itu, saya ingin memetik huraian Islam yang syumul ini yang dipetik daripada syarah usul isyrin al Iraqi, susunan Dr Abd Karim Zaidan yang ditulis puluhan tahun yang lalu. Ulasan beliau ringkas dan padat. Mudah difahami oleh semua lapisan, insha Allah.

Menurut IHAB: 
اَلإِسْلاَمُ نِظَاْمٌ شَاْمِلٌ يَتَنَاْوَلُ مَظَاْهِرَ اْلحَيَاْةِ جَمِيْعًا فَهُوَ دَوْلَةٌ وَوَطَنٌ أَوْ حُكُوْمَةٌ وَأُمَّةٌ، وَهُوَ خُلُقٌ وَقُوَّةٌ أَوْ رَحْمَةٌ وَعَدَاْلَةٌ، وَهُوَ ثَقَاْفَةٌ وَقَاْنُوْنٌ أَوْ عِلْمٌ وَقَضَاْءٌ، وَهُوَ مَاْدَةٌ وَثَرْوَةٌ أَوْ كَسْبٌ وَغِنَى، وَهُوَ جِهَاْدٌ وَدَعْوَةٌ أَوْ جَيْشٌ وَفِكْرَةٌ، كَمَاْ هُوَ عَقِيْدَةٌ صَاْدِقَةٌ وَعِبَاْدَةٌ صَحِيْحَةٌ سَوَاْءً بِسَوْاءٍ.

Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah
negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau
rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan
kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah
atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Dr Abd Karim Zaidan menghuraikan setiap satu istilah-istilah yang dikemukakan oleh IHAB. 
Huraian Islam adalah menyeluruh:-

Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh
kerana Islam diturunkan untuk semua manusia, ini jelas dibuktikan oleh firman
Allah:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا آَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَآْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
(28)
“Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya
sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingat”. (S 34: 28)

Menyeluruh kerana Islam menghukum seluruh urusan hidup manusia,
menghukum segala sesuatu yang dilakukan oleh manusia dan perkara yang
bersangkut dengan apa yang mereka lakukan. Ini dibuktikan oleh firman Allah:
( مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ( 38
“Tiadalah kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab” (S 6:38)
dan firman Allah:
( وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ ( 89
“Untuk menjelaskan segala sesuatu”(S 16:89)

Huraian Islam itu adalah negara

Islam adalah negara, sebagaimana yang diterangkan oleh IHAB adalah
bermaksud bahawa Islam telah menyentuh hukum-hukum yang menitik
beratkan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan
hubungan manusia dengan Allah, malah Islam juga menyusun hubungan antara
sesama manusia, hubungan individu dengan jamaah, hubungan jamaah dengan
jamaah yang lain. Jamaah ini pula memilih suatu sistem siasah yang didokong
oleh negara, manakala negara pula mempunyai seorang ketua yang dikenal:
dalam istilah fiqah sebagai imam atau khalifah. Islam telah menerangkan asas
bagi sebuah negara, cara memilih khalifah, menerangkan hak individu terhadap
negara, demikian juga hak negara terhadap individu. Dalam zaman moden ini
kajian dan perbincangan yang lengkap dalam persoalan negara dan
hubungannya dengan individu adalah dibincangkan dalam undang-undang
perlembagaan dan undang-undang perlembagaan adalah merupakan salah satu
dari cabang undang-undang.

Negara (daulah) menurut pandangan Islam adalah negara fikrah, fikrah
Islamiah. Oleh itu daulah dalam Islam adalah daulah fikrah, bukan qaumiah,
bukan jenis dan bukan iklim.

Ketua negara dipilih melalui orang-orang Islam sesuai dengan syaratsyarat
tertentu. Syarat-syarat ini tersimpul dalam dua sifat: kemampuan dan
amanah. Tujuan dan perlantikan ketua negara ialah untuk melaksanakan syariat
dan membimbing manusia untuk melakukannya.

Kedudukan dan peranan individu dalam negara Islam amatlah menonjol
dan berfungsi, tidak dipendap dan diabaikan. Individu adalah
bertanggungjawab terhadap perjalanan negara agar tidak menyeleweng dan
bertanggungjawab terhadap ketua negara agar beliau menunaikan
kewajipannya. Atas dasar ini, individu adalah berhak mengawasi, memberi
nasihat, memberi petunjuk dan mengkritik. Manakala pihak negara pula adalah
bertanggungjawab terhadap individu, bertanggungjawab dalam memberikan
jaminan hidup yang mulia kepada individu.


Semoga bermanfaat.

wallahu a'lam

MUkadimah..


      Salam sejahtera kepada semua yang bergelar muslim,bersyukur kita kepada hadrat illahi kerana dapat lagi kita hidup di hari ini disamping tercari-cari ilmu Allah yang tiada batasannya dengan sifat Allah yang maha pemurah(Ar rahman).Selain itu,tujuan saya menghasilkan blog ini adalah tidak lain tidak bukan,untuk memberi pengetahuan kepada pembaca bahawa luasnya ilmu yang telah dikurniakan kepada junjungan nabi kita Muhammad(S.A.W) seterusnya diwasiatkan kepada kita.Di situ masih lagi terdapat ilmu-ilmu Allah yang tiada sempadannya.Semoga dengan terhasilnya blog ini,para pembaca dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran atau iktibar selain dapat disampaikan kepada masyarakat bahawa indahnya Islam agama Allah yang suci ini..

Selasa, 24 Januari 2012

AJAIBNYA TULANG MANUSIA!



Korang tahu tak rangka tubuh badan manusia terbina daripada 206 tulang temulang merupakan satu seni kejuruteraan yang ajaib dan amat menakjubkan. Ia melindungi struktur tubuh badan yg melindungi organ penting seperti otak, jantung, paru-paru dan organ-organ dalaman manusia. Struktur tulang yang dicipta dalam badan manusia mempunyai kekuatan yg luar biasa. Contohnya, tulang paha dikatakan dapat menampung beban seberat 1 tan atau 1000 kilogram dalam kedudukkan 90 darjah.Sesuatu yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya tulang paha mampu memikul beban seberat 3 kali ganda berat badan pada setiap langkah.

Struktur dalaman tulang yang bersambung antara satu sama lain memiliki kemampuan pergerakan yang luar biasa. Ia umpama sistem perancah yang digunakan dalam binaan jambatan dan menara. Cuma sistem yang terdapat dalam tulang adalah lebih rumit berbanding rekaan manusia. Ia sangat kuat dan cukup ringan untuk digunakan dengan selesa. Manusia dapat bergerak bebas tanpa merasa sakit.

Pada bahagian-bahagian yg tertentu, tulang juga dicipta dengan bersifat anjal. Ini bagi memudahkan ia dapat mengembangdan mengecut bagi pergerakan udara masuk ke dalam peparu dan keluar darinya. Struktur elastik tulang juga mengalami perubahan. Contohnya tulang punggung wanita yang hamil boleh melebar dan renggang antara satu sama lain ketika saat kelahiran. Regangan ini berlaku untuk mengelakkan tekanan yang menghimpit kepala bayi ketika keluar dari rahim ibu. Sesungguhnya Allah maha pencipta sebagaimana firman-firmannya yang berbunyi, 

“…Dan lihatlah kepada tulang-tulang itu bagaimana kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutna dengan daging…” (Surah al-Baqarah ayat 269)

Sungguh ajaib dan menakjubkan ciptaan Allah ini, bukan? Jadi kita perlulah sentiasa menghargai dan bersyukur serta berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat kurniaan yang diberikanNya.

Hubungan baik sesama siswa patut diutamakan


Hubungan baik sesama siswa patut diutamakan

KETIKA ini puluhan ribu mahasiswa dengan pelbagai kecenderungan, keinginan, matlamat dan gaya penampilan sedang membina kecerdikan sebelum diijazahkan dengan pelbagai ilmu di menara gading. Kehidupan mereka di kampus tersedia dengan cabaran, likuan dan dugaan. Bergantung kepada kecenderungan mereka memilih untuk bertembung dengan isu semasa, kepemimpinan, keilmuan, pergerakan politik, perjuangan peribadi dan selebihnya kelompok kecelaruan mencari pengertian hidup atau membiarkan masa menentukan perjalanan mereka. 

Kelompok mahasiswa aktif berpersatuan giat dalam merancakkan suasana kampus dengan pelbagai aktiviti keilmuan, kemasyarakatan dan pembangunan potensi diri terkecuali daripada tergolong dalam kelompok kecelaruan peribadi.



Golongan mahasiswa yang tiada matlamat, visi dan penampilan intelektual ini terdedah kepada dunia luar bersifat negatif seperti terbabit dengan budaya liar, seks bebas, pesta hiburan, murtad, jual maruah, hedonisme dan sebagainya. Terlalu bahaya sekiranya kuatnya falsafah keseronokan jiwa lebih mencengkam pemikiran pelajar dan mereka meletakkan keutamaan dalam kehidupan kampus. Terpinggirnya mereka daripada aktiviti kampus yang lebih tertumpu kepada pemupukan ilmu dan kekuatan agama menjadikan kelompok ini kian terbiar dan berhadapan kemusnahan masa depan.
Sebaik menjejak kaki di kampus, mahasiswa dihidangkan dengan pelbagai kemelut yang menguji tahap keimanan, kemantapan jati diri dan kekuatan rohani. Bila berjauhan daripada keluarga, kebebasan dimiliki bukanlah tiket mendapatkan kepuasan diri secara mutlak. 

Mendekati rakan yang elok akhlaknya dan kuat ibadatnya kepada Allah SWT antara cara membina ketahanan diri daripada melakukan perbuatan mungkar. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (Surah al-Kahfi: ayat 28) 

Sebenarnya peluang dan dasar keterbukaan kehidupan kampus perlu direbut oleh siswa sebagai persediaan ke arah kerjaya dengan memperoleh pengalaman pengurusan persatuan, kepemimpinan, penerbitan, pembinaan rangkaian perniagaan serta pembinaan penampilan diri yang terbuka dan bijak. 

Pemandangan kurang menyenangkan apabila kita melihat ada sebilangan siswa dalam kelompok yang tidak mencerminkan kebijaksanaan daripada pertuturan, pemakaian, pergaulan dan cara bertindak. Golongan inilah antara prospek kelompok boleh dipergunakan oleh mana-mana pihak yang melihat mereka mudah dipengaruhi dan boleh diaruskan akal dan pilihan tindakan. 
Dalam konteks Islam, keperluan wujudnya golongan melakukan amal makruf dan nahi mungkar di dalam sesebuah penempatan, kawasan dan komuniti. Dalam masyarakat kampus, penempatan siswa yang datang dari pelbagai kelompok, daerah dan pedalaman terpencil akan membawa masuk ke kampus dengan pelbagai gelagat, budaya serta bentuk cara hidup bervariasi. Semuanya terkandung nilai kebaikan mahupun tidak bermoral. firman Allah SWT: “Dan hendaklah (sebahagian) kamu menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh yang makruf serta melarang daripada yang mungkar. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Ali Imran 3:104) 

Oleh itu, perlulah mahasiswa membentuk kumpulan memainkan peranan mengajak rakan seperjuangan ke arah kebaikan serta menasihati atau istilah ‘mendekati’ kelompok terbabit melalui pendekatan sederhana dan berhikmah, bukan memilih untuk menghukum, memberi label, memulau dan memisahkan kelompok ini daripada aktiviti yang dianjurkan. 

Kecenderungan pimpinan mahasiswa dalam kelompoknya atau mana-mana persatuan memisahkan atau memberikan tanggapan negatif kepada segelintir siswa dilihat bermasalah, kecelaruan peribadi dan kelihatan berbeza penampilan melangkau norma wajar diperbetulkan. Kita khuatir dengan pemulauan dan pemisahan dalam konteks hubungan sesama pelajar menjadikan kelompok ini terdedah mencari perlindungan luar berbaur maksiat, penyalahgunaan dadah, dan lebih parah apabila memilih untuk murtad. 

Menghidupkan suasana hubungan sesama pelajar terjalin dengan harmoni menjadi tanggungjawab utama ke arah menjadikan mahasiswa lebih dihormati, lebih terarah kepada ilmu dan kekuatan ilmu. Selagi wujudnya kegagalan membentuk suasana baik di kampus, maka peningkatan kes tidak bermoral, salah laku dan kadar jenayah sosial dalam kalangan mahasiswa terus diperkatakan. 

Sebaiknya kepemimpinan di kampus menekankan aspek hubungan baik sesama pelajar dan memberi penekanan kepada matlamat persatuan adalah menyatupadukan masyarakat pelajar untuk mengelakkan wujudnya kelompok kecelaruan peribadi. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya. Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya), yang sedemikian selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim) 

'Couple' Yang Halal



Indah kan kita bercinta?

Indah kan bila kita saling merindu?

Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?

Indah kan bila kita saling meluangkan masa?

Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,

Cinta tu indah.

Dan lagi indahnya cinta itu,

Bila 'i love you'

Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
 Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta

Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah

'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa

Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.

Seonok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal.

Indah kan?
Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)

fakta menarik tentang lelaki

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan korang seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik korang menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
   

Rahsia warna kegemaran lelaki....

Warna kegemaran biasanya berbeza untuk setiap gender samada lelaki atau pun wanita. Kalau biasanya wanita dikaitkan dengan warna-warna lembut seperti merah jambu dan ungu, lelaki pula dikatakan mempunyai perwatakan yang berbeza dan ianya mempengaruhi bagaimana seseorang lelaki itu menggemari warna. Berikut adalah tafsiran rahsia warna kegemaran kaum Adam di dunia ini.Ketepatan tafsiran ini adalah mungkin ada, namun jangan dianggap ianya sesuatu yang hakiki.

Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.

Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning . Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning . Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya korang sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri . Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran . Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Ungu 
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Coklat
Ia tanda banyak wang . Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan . Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

Rahsia warna kegemaran wanita...

Semua orang pasti mempunyai warna kegemaran. Tahukah anda bahawa warna kegemaran dapat mempamerkan watak anda?

Berikut adalah personaliti mengikut warna kegemaran anda:

Rahsia Warna Biru
Jika anda suka warna biru, anda tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. 

Begitu juga dalam bercinta kerana anda lebih cenderung menyembunyikan perasaan.

Rahsia Warna Hijau
Warna kesukaan anda hijau, maka anda tergolong dalam golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Rahsia Warna Kuning
Kesukaan anda warna kuning menandakan bahawa anda memiliki sifat optimis. Anda seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Rahsia Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran anda maka anda adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda.

Rahsia Warna Putih

Jika anda menyukai warna putih, maka anda adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan anda.

Rahsia Warna Hitam
Anda sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika anda berada dilingkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta anda.

Rahsia Warna Merah
Anda seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi anda dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. Anda termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Janji-akim


Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Ulang Chorus
Aku janji padamu
Akan mencintaimu
Ulang Chorus
Takkan menduakanmu

Senyuman boleh mengungkap siapa anda


Sebuah senyuman boleh dikatakan sebagai ekspresi wajah seseorang. Mengapa? Senyuman memiliki makna yang sangat mendalam dalam hidup seseorang.
Marianne LaFrance, profesor bidang psikologi dari Universiti Yale, yang juga penulis buku Lip Service, melakukan kajian melalui biologi, antropologi, dan ilmu komputer mengenai senyuman. Dalam kajian terbarunya itu, LaFrance mengeluarkan fakta mengenai senyuman yang perlu korang tahu.
Orang yang suka senyum lebar umurnya lebih panjang
Tahun lalu, kajian menganalisa gambar dari 230 pemain bisbol yang dimuatkan diBaseball Register. Dari gambar-gambar tersebut, kelihatan rata-rata lelaki dengan senyuman lebar dan cemerlang hidup 4 – 9 tahun lebih lama daripada mereka yang hanya senyum sebentar, dan 7 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak senyum.
Sebuah senyuman menunjukkan perasaan yang positif, dan perasaan yang positif berhubungan dengan kehidupan yang sejahtera.
Senyum memancarkan suatu kekuatan yang tersembunyi
Sebagai contoh, ketika seseorang hanya senyum sebentar ( sekitar 1 – 30 saat ), orang lain akan susah menangkap senyuman tersebut. Namun bagi orang yang selalu tersenyum, dunia selalu dipandang lebih menyenangkan. Cerita yang membosankan boleh jadi lebih menarik, gambar-gambar yang neutral kelihatan lebih positif, bahkan minuman yang tawar boleh terasa manis.
Kebahagiaan terdiri atas tiga tingkatan
Sebuah artikel di British Medical Journal melaporkan bahawa cinta sejati akan datang ketika seseorang sedang bahagia, perasaannya yang positif boleh dihantar kepada orang-orang yang ada di lingkarannya melalui jejaring sosial.
Jadi ketika korang senyum, kawan dari kawan korang pun boleh ikut tersenyum.
Ada dua jenis senyuman
Senyum yang tulus dan senyum yang palsu diatur oleh dua jalur saraf yang berbeza. Oleh itu, orang dari bahagian tertentu di otaknya mengalami kerosakan pun masih dapat menampakkan senyuman spontan meskipun mereka tidak mampu tersenyum dengan kemampuannya.
Para pengkaji berpendapat bahawa nenek moyang kita mengembangkan litar saraf untuk memaksa senyuman secara evolusi. Ianya bertujuan untuk menutup rasa takut dan kemarahan mereka.
Untuk mengetahui senyuman palsu seseorang, renung matanya. Orang yang senyum iklas, otot-otot wajahnya yang disebut orbicularis oculi tanpa sengaja akan mengejut, membuatkan kulit di sekitar matanya berkerut.
Kebanyakan dari kita tidak mampu menggerakkan otot-otot ini dengan bebas. Ini bererti, ketika seseorang memalsukan senyumannya,otot-otot orbicularis oculi nya tidak akan bergerak.
Orang Amerika ketika mereka tersenyum berfokus pada gerakan mulutnya berbeza dengan orang Jepun yang mengutamakan senyumannya di bahagian mata.

‎:: Ombak TAUBAT::


- OST ombak rindu versi islamik-

Allah tolong lembutkan hati ku
Untuk terima islam sebenar2nya
Kerna ku tak sanggup
... Kerna ku tak mampu
Terus hidup dengan dosa dunia
Allah aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hati aku ‘tuk cintaMU
Allah kau berilah petunjuk
Untuk diri kami yang jauh dariMU
Agar kami tidak berpaling
Selalu rasa ada cintaMu
Allah terimalah taubatku
Yang menyesal jauh dariMu
Agar aku tidak terseksa
Tanpa cinta Kamu di akhirat sana
Hanya mampu berdoa
Moga Kau terima taubatku
Allah tolong lembutkan hati ku
Untuk terima islam sebenar2nya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Terus hidup dengan dosa dunia
. sama2 lah kita hayati & renungkan