Khamis, 30 Ogos 2012

WASIAT ATUK...



Suatu petang, seorang remaja lelaki sibuk membersihkan beberapa barangan peribadi milik datuknya yang baru meninggal dunia. Ketika itulah dia terjumpa sepucuk sampul surat berwarna merah garang. Pada sampul itu tertera sebaris ayat... Khas buat cucuku...
Menyedari tulisan tersebut milik datuknya, remaja tersebut terketar-ketar mengoyak sampul surat itu. Lipatan kertas dari dalam sampul dibukanya perlahan-lahan..Dia mula membaca...
Kehadapan cucuku,
Beberapa tahun dahulu, cucu pernah datang berjumpa dengan atuk eminta nasihat. masih ingatkah, cucuku...Cucu pernah bertanya bagaimana atuk mencari kepuasan dalam hidup?
Atuk tak tau bagaimana nak menjawab. Pertanyaan itu lenyap begitu sahaja. Lama-lama atuk rasa berdosa pula keranan tidak memberikan jawapan pada persoalan cucu..
Menjelang hari-hari terakhir hidup ini, atuk berasa masih berhutang pada cucu. Jadi, disini atuk perturunkan apa yang atuk percaya ia merupakan jawapan yang tepat.
Semuanya bergantung pada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu perkara. Kerana itu, bukalah mata seluas mungkin!.
Cucu perlu sedar bahawa hidup ini peruh dengan kejutan. Banyak antaranya baik kepada kita. Jika amir tidak menjaga saat kejutan tersebut, cucu akan kehilangan separuh daripada keseronokan yang ada didalamnya.
Apabila cucu berdepan dengan cabaran, sambutlah kedatanganya, nescaya cabaran itu akan meninggalkan cucu dengan hikmah kebijaksanaan, kekuatan dan keupayaan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Tetapi apabila membuat kesilapan, bersyukurlah kerana ia memberi cucu iktibar.
Selesaikanlah denganmenggunakan balik pengajaran tadi dan ia akan membantu cucu mencapai matlamat. Cucu juga perlu ikut peraturan kerana apabila dipatuhi, hidup pasti akan berjalan lancar. Jika cucu berpendapat, boleh memperoleh sesuatu secara mudah dengan melanggar peraturan, cucu sebenarnya hanya memperbodohkan diri.
Seperkara lagi, amat penting untuk cucu putuskan dengan tepat apa yang cucu mahu. Kemudian pastikan minda memberi fokus terhadap sasaran itu sambil bersiap sedia mengharunginya.
Apabila usia meningkat, cucu juga bakal mendapat kasut yang lebih besar. Jadi, atuk mahu cucu bersiaplah menghadapi episod penghabisan sebagaimana misi ketika bermulanya cabaran dahulu.
Cucu atuk mesti berani untuk berpindah daripada suasana kebiasaan kepada sesuatu yang lazim. Hidup belum bermula sekadar mencecah puncak. Sebahagian daripadanya bergerak dari satu puncak ke puncak berikutnya.
Jika cucu berehat terlalu lama di antara kedua-duanya, mungkin cucu mudah mengalah. Tinggalkanlah kenangan silam. Buang perangai yang boleh lambatkan usaha dan sentiasa menjana tenaga.
Ingatlah bahawa pilihan cucu itu akan mencipta sama ada kejayaan mahupun kegagalan. Justeru nasihat atuk, ambil kira setiap langkah dan putuskan yang mana satu boleh jadi ikutan. Kemudian yakinlah pada diri sendiri, bangkit dan terus bergerak.
Pastikan cucu juga sesekali rehat sejenak. Ini kerana masa itulah cucu berpeluang memperbaharui iltizam untuk membentuk impian, keceriaan dan tanggapan baru.
Akhirnya dan paling mustahak, jangan mudah menyerah kalah. Orang yang berakhir sebagai juara, adalah insan yang berjuang untuk menang. Berikanlah kehidupan itu segala-galanya, dan kehidupan bakal memberi balik yang terbaik untuk cucu...
Atukmu.
p/s : Banyak nasihat dan pengajaran yang dapat kita ikuti dalam wasiat atuk kepada cucunya...jika kita mengikut jalan yang benar, maka laluan yang benarlah akan kitatempuhi...jika kita gagal sekali, bukan bermakna kita kakn gagal selama-lamanya...Jadikan ia sebagai pengajaran dan perbaiki lagi...

Wasallam

Teka-teki al-Ghazali...



Dalam satu sesi, Imam al-Ghazali bertanya murid-muridnya.

"Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"


Salah seorang pantas menjawab "ibu bapa kita ustaz" Seorang lagi bersuara "sabahat karib."
Tiba-tiba seorang mencelah, "Guru...!"

Imam al-Ghazali menggeleng-geleng. "semua jawapan itu tak salah....tapi, yang paling dekat dengan kita ialah MATI,"katanya membuatkan para pelajarnya melopong. Beliau menyatakan , "hal ini sememangnya janji benar Allah bahawa setiap bernyawa pasti merasai mati.

"tak apalah...ini soalan kedua saya. kamu dengar betul-betul."

"Apakah yang paling jauh daripda kita?"

seorang pelajar yang duduk di belakang pentas selamba menjawab "Bulan" Rakan sebelahnya pula"Matahari" seorang pelajar berbadan besar pula menjawab "Bintang di langit, ustaz!"

Lantas imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu ada benarnya, tapi yang paling jauh adalahMASA LEPAS.

"walau dengan apa cara sekalipun, kita tidak dapat kembali ke masa yang lalu. Jesteru, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan amalan, sesuai mengikut ajaran agama," sambung ulama itu lagi.

Kemudian Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan ketiga..

"Siapa tahu....apakah yang paling besar di dunia?.

Seorang pelajarnya pantas menjawab "Gunung." "salah jawapan dia ustaz, sebenarnya lautan," seorang lagi mencelah. Seorang pula bingkas menjawab "Bumilah yang paling besar,"

kata Imam al-Ghazali, jawapan yang diberikan betul juga, tetapi yang paling besar daripada yang terbesar di dunia ini adalahNAFSU.

"Maka itu, kita haruslah berhati-hati dengan nafsu kita. Jangan sampai nafsu itu membawa kita terjerumus ke neraka," katanya membuatkan para pelajarnya berpandangan sesama sendiri.

Beliau kemudian melanjutkan pula dengan pertanyaan keempat..

"Apakah yang paling berat di dunia ini?"


Ada yang menjawab perlahan, "Batu" Seorang lagi berkata, "Besi" Pelajar yang paling kecil, duduk pula di belakang mencelah, "Gajahlah yang paling berat."

"Sekali fikir jawapan yang kamu berikan semuanya betul..."kata Imam al-Ghazali seraya menambah, "tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH."

"Semua tumbuhan, binatang, gunung-ganang hatta para malaikat tidak sanggup ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah ( pemimpin ) di muka bumi ini.

"Tetapi manusia dengan sifat sombongnya menerima tawaran Allah. Lantaran itu banyak daripada mereka akhirnya masuk neraka kerana gagal memikul amanah itu."

Seterusnya Imam al-Ghazali bertanyakan soalan kelima..

"Apakah yang paling ringan di dunia ini?"


Seorang muridnya menjawab penuh yakin, "Kapas, ustaz" Ada yang terpacul dengan jawapan, "Angin...debu!" Seorang lagi spontan berkata, "Daun-daunan"

Imam al-Ghazali hanya menggeleng-gelengkan kepala. "Yang paling ringan ialah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan, kita alpa sehingga kerap mengabaikan solat atas alasan sibuk.

"Ini soalan akhir saya, dengar betul-betul"

"Apakah benda yang paling tajam di dunia ini?"


Pelajar-pelajarnya kali ini menjawab serentak, "Pedang!"

"Benar...." kata Imam al-Ghazali,membuatkan para pelajarnya bertepuk tangan..

Kemudian beliau meneruskan penerangannya "Yang paling tajam adalah LIDAH. Melalui anggota badan yang lembut itulah, manusia selalunya mudah berbalah. Menyakiti hati dan melukai perasaan semua saudara sendiri..

P/s: Banyak pelajaran dan pengajaran yang akan kita dapat daripada cerita di atas. bagi saya pula, walaupun jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah salah namun guru hendaklah menidakkanya dengan cara yang berhemah..

Kematian adalah perkara yang paling dekat dengan kita...kita tidak tahu bila Tuhan akan mencabut nyawa kita dan ada yang mendakwa bahawa mati adalah untuk orang-orang tua sahaj...hakikatnya mati sentiasa berdekatan dengan kita.

Masa lepas memang tidak boleh dikembalikan semual...buatlah macam superman yang boleh memusingkan bumi atau mesin masa yang boleh mengembalikan masa lepas...semua itu karut!..mana mungkin kita boleh kembali ke masa yang sudah berlalu...Apa yang penting, kita jadikan pengajaran.

Lidah manusia memanglah tajam..kadang-kadang dengan lidah manusia, manusia boleh hidup huru hara....yang penting kita jaga lidah kita...

Wassalam